Powered By Blogger

Thursday, 19 December 2013

Finally :'(


Terkadang masa menikam dan terus berlalu pergi ,
Meninggalkan sisa dan membuka seribu luka dihati ,
Walau ku cuba hindarkan kesal di dada ,
Kesilapan lalu menghantui diriku .

Segala yang indah sering menemani diruang sepiku ,
Senyum dan tawamu masih jelas terbayang diruang mataku ,
Kini semuanya menjadi kenangan silam ,
Sesal hati dirundung kecewa .

Aku tak pernah menduga ,
Begini hebatnya duka lara bila berakhirnya cinta ,
Mengapa sukar untuk ku melupakanmu ,
Namun mudahnya kau membenci diriku ini .

Apalah gunanya ku terus mencari kesilapan diri ,
Sedang kau tak pernah mengerti perasaan di hati ,
Pernahkan kau rasa hangatnya kenangan ,
Air mataku tak mungkin mengalir .

Sungguh aku tak mengerti ,
Mengapa semua harus begini ,
Seribu luka kesal dihati .

Wednesday, 18 December 2013

Aku Hanya Pengemis Cintamu



Teman ,

Hadirmu bersama cinta dihatiku . Kau yang pahatkan cinta ini .

Maafkan aku , Izinkan lah aku mengimbas kembali kisah-kisah dulu sewaktu bersama . Aku masih ingat waktu itu kau terlalu akhrab denganku .

Setiap kali kau pulang aku sering saja kau kunjungi . Kita sama-sama bercerita . Bercerita tentang semuannya . Tentang kita , keluarga kita dan masa depan kita . Malah sering saja kau luahkan permasalahan yang kau hadapi dan kita sama-sama penyelesaiannya . Masihkah kau ingat ?

Sering saja orang kampung menganggap kita bercinta . Hatiku membenarkan kata-kata itu tapi tidak ku tahu bagaimana denganmu . Adakah kau menggangapnya hanya sekadar gosip ?

Teman ,

Kepulanganmu baru-baru ini mengembirakanku . Namun dihati ini terselit kesedihan diatas apa yang terjadi kepadamu . Khabarnya kau ditimpa kemalangan , namun begitu keadaanmu tidak begitu serius .

Teman ,

Maaf kepulanganmu tidak ku kunjungi , kerana aku malu pada keluargamu juga jiran sekampung . Bimbang juga diri ini diibaratkan perigi mencari timba .

Kepulangan kali ini kita jarang ketemu dan berbicara seperti dulu . Pernah sekali kau mengunjungiku , itu diatas pintaku . Kenapa kau kelihatan malu bila berdepan denganku berbanding dengan hari-hari sebelumnya ?

Kenapa begitu ? Adakah kau tidak sudi jadikan diriku teman ataupun petemuaan ini adalah satu paksaan bagimu ?

Teman ,

Mengapa setiap pertemuan adanya perpisahan ? . Kita terpisah lagi untuk kesekiaan kalinya . Kau pergi meninggalkan ku untuk menyambung tugasmu di kota .Kepergiaan mu ku iringi dengan senyuman walaupun hati ini merintih duka yang sukar dimengertikan .

Semenjak kepergiaanmu hatiku menjadi tandus . Setandus dan segersang gadis kota , kerana b imbang dirimu terpaut pada mereka .

Teman ,

Sesungguhnya , aku mengharapkan cintamu , cinta yang bakal menghiasi hidupku . Yang bakal memberi sinar kebahagiaan untukku . Memori kita bersama akan ku abadikan . Biarlah ia menjadi kenangan terindah dalam hidupku . Tapi tak pernah aku mengerti mengapakah hati ini terlalu berat untuk meluahkan rasa hati yang terpendam kepadamu .

Walaupun ku kumpulkan keberaniaan itu tapi ia tidak dapat kuucapkan . Mungkin kerana aku adalah seorang wanita yang lemah .




Tiada Sesalan Mencintaimu



Lihat Langit Biru ,
Aku Merindukanmu ,
Lihatlah Diriku ,
Yang Tak Bisa Melupakanmu ,
Mungkinkan Aku Ada Dihatimu ,
Wahai Sayangku .

Pada Diriku ,
Aku Beruntung Mengenalimu ,
Menyayangimu Sepenuh Hatiku ,
Tiada Sesalan Aku Mencintaimu .

Mungkin Rasa Ini Tiada Padamu ,
Dan Mungkin Telah Kau Berikan Kepada Insan Lain ,
Tapi Percayalah Aku Tidak Kecewa ,
Malah Aku Gembira Melihat Dan Mendengar Kebahagiaanmu .






Malah ,
Aku Terus-Terusan Berdoa ,
Moga Kasihmu Bersamanya Berpanjangan ,
Dan Ikatan Suci Yang Menyusulimu .

Akan Aku Hadiahkan Dikau ,
Tangisan Air Mata Bahagia ,
Luahan Luka Yang Sempurna ,
Mengiringi Ke Pintu Perpisahan Kita  Nanti ,

Andai Suatu Hari Nanti Kau Berpaling ,
Dan Aku Muncul Diingatan ,
Jangan Pernah Kau Menangis ,
Kerna Aku Tidak Pernah Menyesal Mencintaimu ..

Hatiku hancur kerana terlalu mencintaimu .



Aku mencintaimu , sejak dulu lagi
namun aku tak berani meluahkannya
jika aku melafazkannya padamu
sudah tentu hancur hatinya
yang menemuimu dulu
dari aku
dan dia adalah sahabat baikku..

Tapi hatiku bagai ditoreh
melihat kau bersama dengan nya
sepatutnya aku berada di tempat itu
kerana kau tak mampu ku hilangkan
dari ingatan
tak semudah yang ku fikirkan
ku harapkan

Aku sedar pada pandanganmu
aku cuma 
sahabat baik kepada kekasihmu 

Aku mengaku kini 
aku tewas 
hatiku hancur kerana terlalu mencintaimu .

Saturday, 14 December 2013

Dia kehilangan orang yang sangat mencintainya !


Jangan sesekali hadir dalam hidup seseorang sekadar hanya untuk melukakan hatinya .

Jangan pernah menatap matanya jika semua yang kamu lalukan hanya kepalsuan belaka .

Perkara yang paling kejam adalah membiarkan seseorang jatuh cinta sedangkan kamu tidak mencintainya .





Suatu hari , seorang yang sedang putus cinta menangis di taman . Datang seorang ahli falsafah bertanya kepadanya , '' Kenapa kamu menangis ?

Orang itu menjawab , '' Aku sangat sedih , kenapa dia meninggalkanku ?

Lalu ahli falsafah itu berkata , '' Kamu bodoh sekali .

Lalu orang itu menjawab , '' Kenapa berkata begitu ? Aku sedang putus cinta dan sudah cukup menyedihkan , tak apalah kalau kamu tak mahu memujukku , tapi janganlah mentertawakanku .

'' Bodoh , kamu tak perlu bersedih , kerana yang seharusnya bersedih adalah dia , '' kata ahli falsafah .

'' Kenapa dia yang bersedih , bukan kah dia yang meninggalkan ku ?

Kata orang itu , " Kamu hanya kehilangan orang yang tidak mencintaimu , tetapi dia kehilangan orang yang sangat mencintainya , '' Jawab ahli falsafah itu .






p/s : Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya , sebab keelokkan paras dapat menyesatkan .
       Jangan pula tertarik kepada kekayaan , kerana kekayaan dapat musnah .
       Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum . Hanya senyum yang dapat membuat        hari-harimu yang gelap menjadi cerah .






Cinta Yang Indah

Ketika dilanda kemiskinan , manusia inginkan kekayaan .
Ketika dipinggirkan , manusia inginkan kasih sayang .
Ketika dizalimi , manusia inginkan keadilan .




Namun ..
Adakah kita sedar ?

Ketika kita mengkehendaki kesemuanya itu ,
Kita sebenarnya mencintai Allah ,
Kerana Allah lah yang memberi kekayaan ,
Allah lah yang memberi kasih sayang ,
Dan Allah juga yang memberi keadilan .

Justeru itu ,
Cinta itu selamanya indah apabila disandarkan cinta kepada Allah S.W.T :)

Tuesday, 3 December 2013

99 Kali Rindu



Rindu ?

Rindu itu anugerah . Kurniaan daripada tuhan .
Setiap insan yang berhati nurani punyai rasa rindu .
Cinta dan rinduu itu bermula daripada Adam dan Hawa .
Dikisahkan Yusuf dan Zulaikha .
Diabadikan Shah Jehan dan Mumtaz Shah .
Diperikan pula Romeo dan Juliet .
Diceritakan Rama dan Sita .
Dilakonkan oleh Laila Majnun .
Dan kini kita pula yang meneruskannya .

Sungguh bahagia insan yang telah menemukan cinta sejati ,
Ibarat tasbih dan benang pengikatnya . Tahjud menjadi untaian .
Yang akan selalu disentuh satu demi satu oleh insan mulia .
Yang bibirnya basah akan cinta kepada ALLAH .





Elakkan cinta ala syaitan :

Yang pertama , cinta ala sundal bolong .
Di depan manis , di belakang bohong .

Yang kedua , cinta ala pocong .
Selalu lompat dari satu hati ke hati yang lain .

Yang ketiga , cinta ala toyol .
Ada wang abang disayang , Takde wang abang ditendang . Sayang pun melayang .

Yang keempat , cinta ala puntianak .
Tak tahu bila menikahnya , tiba-tiba dah dapat anak .





Yang paling jauh itu bukanlah matahari ,
Bukan juga bulan ataupun bintang .
Tapi adalah masa yang berlalu dan takkan pernah kembali lagi .
Yangg hanya adalah hari ini kerana hari esok belum tentu milik kita .


Awak mahukan cinta saya ?
Carilah dulu cinta Allah .

Bila awak mahu rindu saya ?
Rinduilah dulu Allah dan Rasulnya .

Jika awak mahu sayang saya ?
Sayangilah dulu agama lebih daripada diri saya ini .


Pemanis Kata :)



Jika wanita itu menangis di hadapanmu ,
Itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi .

Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis ,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu ,
Jika kamu biarkan dia pergi ,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu ,
Selamanya .

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah ,
Kecuali didepan orang yang dia amat sayang ,
Dia menjadi lemah .

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah ,
Hanya jika dia amat menyayangimu ,
Tiada lagi rasa egonya .

Lelaki ,
Jika seorang wanita pernah menangis keranamu ,
Tolong pegang tangannya dengan pengertian ,
Dia adalah orang yang akan bersamamu sepanjang hidupmu .

Lelaki ,
Jika seorang wanita menangis keranamu ,
Tolong jangan mempersiakannya ,
Mungkin kerana keputusanmu , kau merosakkan kehidupnya .

Saat dia menangis di depanmu ,
Saat dia menangis keranamu ,
Lihatlah matanya .

Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dia rasakanya ?
Fikirkan .
Wanita mana lagi yang akan menangis ,
Dengan murni , penuh kasih sayang ,
Didepanmu dan keranamu !

Dia menangis bukan kerana dia lemah ,
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan
Simpati ataupun belas kasihan .

Dia menangis ,
Kerana sudah tidak mampu bagi dirinya .

Lelaki ,
Fikirlah tentang hal itu ,
Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu ,
Dan semuannya keranamu ,
Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah
Kau lakukan untuknya .

Hanya kau yang tahu jawapannya ,
Pertimbangkanlah , kerana suatu hari nanti ,
Mungkin akan terlambat untuk menyesal ,
Mungkin akan terlambat untuk memohon maaf !








Sunday, 10 November 2013

Kadangkala Perkara Yang Tercantik Didunia Tidak Boleh Dilihat , Dipegang



Dalam satu kisah percintaan yang menarik . Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah . Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik . Kemudian si isteri bertanya kepada si suami  :

Isteri : Mengapa abang menyukai saya ? Mengapa abang cintakan saya ?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya , namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai sayang !

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya ? Bagaimana abang boleh katakan abang menyayangi dan mencintai saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya .

Suami : Betul ! Abang tak tahu sebabnya , tapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan sayang .





Isteri : Tak boleh beri bukti ! Tak ! Saya hendak abang terangkan sebabnya . Kawan2 saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki , semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai . Dalam bentuk puisi dan syair lagi . Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya .

Suami menarik nafas panjang dan dia berkata ...

Suami : Baiklah ! Abang mencintai sayang sebab sayang cantik , mempunyai suara yang merdu , penyayang dan mengingati abang selalu . Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak sayang melangkah , di situlah cinta abangg bersama sayang !

Si Isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi . Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan koma . Si suami amat sedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi . Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital .

Surat tersebut berbunyi begini :

Sayang , Jika disebabkan suara aku mencintaimu ...
Sekarang bolehkah engkau bersuara ? Tidak ! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu .
Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintaimu .. Sekarang bolehkan engkau menunjukkannya ?
Tidak ! Oleh itu , aku tidak boleh mencintaimu . Jika disebabkan senyuman aku mencintaimu .. Sekarang bolehkah engkau tersenyum ? Tidak ! Oleh itu , aku tidak boleh mencintaimu . Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu .. Sekarang bolehkah engkau melangkah ? Tidak ! Oleh itu , Aku tidak boleh mencintaimu .

Jika cinta memerlukan sebabnya , seperti sekarang .. Aku tidak mempunyai sebab mencintaimu lagi .
Adakah cinta memerlukan sebab ? Tidak ! Aku masih mencintai kamu dulu , kini , dan selamanya .

Kadangkala perkara yang tercantik didunia tidak boleh dilihat dan dipegang . Tapi ia boleh dirasai dalam hati . :)

Wednesday, 9 October 2013

Madah Cinta

Cinta itu misteri . Tidak berbentuk tapi dicari , tidak bernyawa tapi hidup , tidak tajam tapi mampu melukai , tidak mekar tapi mewangi .

Cinta bukan seperti sekuntum bunga , mekarnya tak lama , layunya tiada makna . Cinta sejati mekar selamanya .

Cinta tidak berupa tatapan satu sama lain , tetapi memandang ke luar bersama ke arah yang sama .

Setiap orang punya rasa cinta . Tapi tak semua orang dapat merasai cinta . Setiap orang pernah bercinta . Tapi tak semua mampu mengecapi bahagia .




Jika kita kehilangan cinta , pasti ada alasan disebaliknya . Alasan yang kadang - kadang sukar untuk dimengertikan . Namun percayalah bahawa jika dia mengambil sesuatu , dia telah memperciapkan sesuatu yang lebih baik untuk diberikan .

Sangatlah sakit mencintai seseorang , tetapi tidak dicintai olehnya . Tetapi lebih indah adalah menyayangi tanpa mengharapkan sesuatu perasaan apapun daripadanya .

Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis , mereka yang telah disakiti , mereka yang telah mencari dan yang telah mencuba kerana merekalah yang biasa menghargai betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka .

Cinta itu jelas indah , walaupun disisi lain juga menyakitkan . Kerana itu kita harus belajar menikmati sisi keindahannya .

Cinta adalah ketika kamu menitiskan air mata , tetapi masih peduli terhadapnya .




Cinta adalah ketika dia tidak mempedulikanmu , kamu masih menunggunya dengan setia .

Cinta adalah ketika dia mula mencintai orang lain dan kamu masih buleh tersenyum sambil berkata '' Aku turut berbahagia untukmu ''.

Mungkin benar tatkala kita kehilangan baru kita menyedari . Mungkin benar saat kita terluka barulah kita mengerti . Mungkin benar kita rasakan rindu yang sangat dalam barulah kita tahu seberapa besar makna dan erti seseorang bagi kita .

Cinta jika anda memilikinya , anda tidak akan memerlukan sesuatu pun yang lain . Dan jika anda tidak memilikinya , apapun yang lain yang anda miliki tidak banyak bererti .

Cinta itu aneh , sukar untuk ditafsir . Datangnya bukan dari paksaan , perginya pula tanpa kerelaan . Cinta itu penuh mesra dan kasih sayang . Ianya perlu dibelai dengan kelembutan bagi menyerikan lagi keindahannya . Kekasaran buleh mencipta sebuah perpisahan .

Friday, 27 September 2013

S.A.H.A.B.A.T



Persahabatan yang sejati akan membawa kerinduan yang abadi ,
Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul daripada percintaan ,
Tanpa persahabatan , Percintaan akan berakhir ,
Tetapi tanpa percintaan , Persahabatan boleh kekal ,
Oleh itu hargailah persahabatan yang terjalin :)




Selemah - lemah manusia ialah yang tidak boleh mencari sahabat dan yang lebih lemah ialah
orang yang mensia - siakan sahabat yang telah dicari . ~ Saidina Ali




Ingatlah sahabat ..
Bunga itu menguntum indah ,
Menyeri dah memekar indah ,
Dipuji dengan berbagai - bagai madah ,
Esoknya bunga itu akan gugur ke tanah ,
Serpih demi serpih ia musnah ,
Tanpa daun dan kelopoknya musnah .




Don't walk behind me . I may not lead .
Don't walk in front of me . I may not follow .
Just walk beside me and be my friend .




Persahabatan yang akrab tidak boleh dipisahkan melainkan dengan kematian !


Monday, 26 August 2013

Jodoh Itu Milik Kita

Andainya kau tahu , Apa yang ada di dalam hatiku ,
tersimpan , takkan pernah berubah .

Andainya kau tahu , Apa maksudku melafazkan cintaku ,
Padamu dengan cara yang berbeda .




Ohh .. Mengapa seharusnya kita masih bersengketa ?

Demi cintaku , Demi cintamu , Jangan biarku tersiksa .
Hembus nafasku , Hembus nafasmu ,Adalah udara yang sama .




Takkan terpisah , Takkan terpisah .


Wednesday, 17 July 2013

Dari Hati Kecil Ku



Andainya lelaki tahu .. Apabila seorang perempuan jatuh cinta , lelaki itu tidak semestinya punya segalanya .. Tetapi lelaki itu adalah segalanya dihatinya .

Andainya lelaki tahu .. Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air matanya .. Itu bukan bermakna dia lemah .. Tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu .

Andainya lelaki tahu .. Apabila perempuan banyak bercakap .. Dia tidak pernah bermaksud membuat anda rimas .. Tapi sia mahu lelaki itu mengenalinya dengan lebih dekat .




Andainya lelaki tahu .. Pabila perempuan berkata dia mahu anda berubah ..Itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya .. Tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik , Bukan untuk dirinya tetapi untuk masa depan anda .

Kadang-kadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya .. Anda akan menghianati kepercayaan yang diberi

Andainya lelaki tahu .. Apabila perempuan merajuk , Jangan kata dia mengada-ngada .. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit @ hadiah sedozen .. Tapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai .

Andainya lelaki tahu .. Apabila perempuan jarang mengatakan 'I LOVE YOU' . Itu bukan bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya ..

Andainya lelaki tahu .. Apabila perempuan kata lelaki lain lebih baik dari kamu .. Jangan percaya kata-katanya kerana dia mahu menguji anda ..Dia mahu melihat sejauh mana anda sanggup menjadi yang terbaik dimatanya .




Andainya lelaki tahu .. Apabila perempuan berkata ' TOLONG TINGGALKAN SAYA' , dia tak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya .. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar ..
Apabila dia kembali tenang , Percayalah dia akan mencari anda semula ..Itu tanda dia benar-benar menyintai anda ..

Andainya lelaki tahu .. Sememangnya Allah mencipta lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri .. Tetapi sekiranya mereka saling memahami , mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan ..

Monday, 15 April 2013

Ya Allah !! Mampukah Aku ??





Mampukah Aku Menjadi Seperti Siti Khatijah ??

Agung Cintanya Pada Allah Dan rasulullah
Hartanya Diperjuangkan Ke Jalan Fisabilillah
Penawar Hati Kekasih Allah
Susah Dan Senang Rela Bersama .

Dapatkah Ku Didik Jiwa Seperti Siti Aishah ?
Isteri Rasulullah Yang Bijak
Pendorong Kesusahan Dan Penderitaan
Tiada Sukar Untuk Dilaksanakan .

Mengalir Air Mata Ku
Melihat Pengorbanan Puteri Solehah Siti Fatima
Akur Dalam Setiap Perintah
Taat Denagn Ayahnya Yang Sentiasa Berjuang
Tiada Memiliki Harta Dunia
Layaklah Dia Sebagai Wanita Penghulu Syurga.

Ketika Aku Marah
Inginku Intip Serpihan Sabar
Dari Cacatan Hidup Siti Sarah

Tabah Jiwaku
Setabah Umi Nabi Sulaiman
Mengendong Bayinya Yang Masih Merah
Mencari Air Penghilang Dahaga
Diterik Padang Pasir Merak
Ditingalkan Suami Akur Tanpa Bantah
Pengharapnya Hanya Pada Allah
Itulah Wanita Siti Hajar






Mampukah Aku Menjadi Wanita Solehah
Mati Dalam Keunggulan Iman
Bersinar Indah , Harum Tersebar
Bagai Wanginya Pusara Masyitah ..

Friday, 5 April 2013

Jika Aku Jatuh Cinta



Jika Aku Jatuh Cinta ,  Cintakanlah Aku Pada Seseorang Yang Melabuhkan Cintanya Padamu
Agar Bertambah Kekuatan Untuk Mencintaimu ..



Ya Muhaimin .. Jika Aku Jatuh Hati , Izinkanlah Aku Menyentuh Hati Seseorang Yang Hatinya
Terpaut Padamu , Agar Tidak Terjatuh Aku Dalam Jurang Cinta Nafsu .






Ya Rabbana .. Jika Aku Jatuh Hati , Jagalah Hatiku Padanya Agar Tidak Berpaling Dari Hatimu ..
Ya Rabbul Izatti .. Jika Aku Rindu , Rindukanlah Aku Pada Seseorang Yang Merindui Syahid Dijalanmu





Ya Allah .. Jika Aku Menikmati Cinta Kekasihmu , Janganlah Kenikmatan Itu Melebihi Kenikmatan Indahnya Bermunajat Di Sepertiga Malam Terakhirmu .

Ya Allah .. Jika Aku Jatuh Hati Kepada Kekasihmu ,
Jangan Biarkan Aku Tertalih Dan Terjatuh Dalam Perjalanan Panjang Menyeru Manusia Padamu ..




Ya Allah .. Jika Kau Halalkan Aku Merindui Kekasihmu , Jangan Biarkan Aku Melampaui Batas Sehingga Melupakan Aku Pada Cinta Hakiki Dan Rindu Abadi Hanya Padamu ..

AMIN YA RABBAL ALAMIN ..

Thursday, 4 April 2013

Jodoh Itu Milik Kita



Bila Akan Diikat Dengan Sesuatu Yang Pasti . Itu Yang Aku Tak Pasti .Biarlah Kecintaan Ini Terarah Pada Mu Ya Allah ..

Jodoh Itu Rahsia Allah . Bila Tiba Masa Nya , Ia Akan Hadir , Bersabar lah Dan Perbaiki Dirimu Dalam Menununggu Puteramu .

Sabar Itu Memang Indah Tapi Payah , Aku Ingin Bangun Dan Merasakan Bagai Satu Tanggungjawab Untuk Membahagiakan Pemberi Pinjaman Rusukku ..









YA ALLAH .. AKU HANYA MERANCANG TAPI RANCANG AKU HANYA LAH RANCANGAN SAHAJA TETAPI ENGKAU YANG MENENTUKAN ..

Tuesday, 22 January 2013

Bila Aku Sudah Tiada

Bila Aku Sudah Tiada ,
Simpan Semua Laguku ,
Jangan Ditangis Selalu ,
Mungkin Itu Sementara ..
Bila Jumpa Penggantiku ,
Jangan Dilupakan Aku ..

Pagi Itu Indah Seperti Biasa ,
Tidur Yang Lena ,
Terhenti Disana ,
Layap Kuyu Basah Tak Berdaya ,
Bukalah Tingkapmu ,
Curahkan Cahaya ...

Siapa Yang Sangka ,
Bila Tiba Masa Kita Untuk Pergi Selamanya ,
Takkan Terduga ,
Jika Saat Ini Tuhan Tentukan ,
Akulah Orangnya  ....



Monday, 21 January 2013

Setia Hujung Nyawa

Dan Apa Yang Kau Mahu Dari Ku ,
Telah Lama Ku Kata Yang ,
Ku Cinta Sepenuh Hatiku .

Sampai Bila Harus Aku Menunggu Cintamu ,
Dan Pabila Ku Sedari ,
Kau Lah Yang Pertama Ku Cintai ,

Maafkan Lah Diri Ini ,
Jika Takdir Menjemputku ,
Dahulu Hanya Saat Ini ,
Yang Dapat Menemanimu .

Dengarkan Lah Sekali Lagi ,
Jika Kau Tak Percaya ,
Pada Diriku Bila Ku Berkata ,
I Said I Love Youu ...

Saturday, 19 January 2013

150 Juta

Untuk Ke 150 Juta ,
Mereka Bertanyakan Engkau Soalan Yang Sama ,
Hei !! Kenapa Kau Masih Lagi Mahukan Dia ??
Apa Kau Buta Atau Kau Pura2 Suka ??

Di 150 Juta Kali Itu ,
Di Depan Semua Engkau Tarik Tangan Aku ,
Yang Sedang Buat Muka Kosong Tak Ambil Tahu ,
Sambil Ketawa Engkau Bilang Satu Persatu ,

Dia Mungkin Bengis Seperti Singa ,
Tapi Dia Nanges Tonton Cita Korea ,
Dia Mungkin Keras Bila Bersuara ,
Tapi Dia Jelas Jujur Apa Adanya ,

AKU LAGI KENAL DIA ...

Dah Lebih 150 Juta Kali ,
Aku Pesan Padamu Apa Yang Bakal Jadi ,
Engkau Dan Aku Ada Mungkin Tidak Serasi ,
Kau Sangat Manis , Aku Ini Pula Dawai Besi ,

Di Setiap 150 Juta Nya ,
Aku Pun Dalam Hati Semacam Tak Percaya ,
Apa Kau Lihat Pada Ku Jujurkan Saja ,
Terus Kau Cubit Dagu Aku Sambil Berkata ,

Sayang Mungkin Baran Tak Kira Masa ,
Tapi Sayang Tahan Kalau Salahnya Saya ,
Sayang Mungkin Saja Keras Kepala ,
Tapi Sayang Manja Bila Kita Berdua ..

SAYA KENAL SAYANG SAYA ...

Buat Apa Dicerita , Bahagia Kita Rasa ,
Biar Tak Dipercaya , Peduli Orang Kata ,
Baju Ronyok Tak Apa , Asal Pakai Selesa .

Berkilau Tak Bermakna Kalau Hati Tak Ada ,
Aku Lebih Bengis Dari Sang Naga ,
Tapi Bisa Nanges Semata Demi Senja ,
Suaraku Keras Tak Berbahasa ,
Kerana Aku Rimas Gedik Mengada-ngada ,
Aku Mudah Baran Tidak Semena ,
Mana Boleh Tahan Angin Cemburu Buta ,
Dan Aku Sengaja Tunjuk Keras Kepala ,
Aku Punya Manja Kau Saja Boleh Rasa ,

RAHSIA KITA BERDUA ...

Ku Pinjam Satu Bintang

Ku Rindukan Dia ,
Ku Mahu Belaian Manja ,
Ku ingin Selalu Disisinya ,

Inikah Bahagia ,
Inikah Kaseh Asmara ,
Bernyanyilah Hatiku Dengan Cinta ,

Ku Tak Ingin Lagi Berjauhan ,
Usah Kau Hampiri Perpisahan ,
Seharusnya Kau Mengerti Kasih ,
Hanya Engkau Dihatiku ,

Andai Mampuku Menyentuh Awan ,
Akan Ku Pinjamkan Satu Bintang ,
Dan Ku Pancar Seriang Gemilang ,
Itu Kaseh Ke Wajah Mu ,

KU BERJANJI SAYANG ..

KU MENUNGGU DIKAU PULANG ..

Membawa Cintamu Yang Terindah ,
Dengarlah Kata Hati ,
Ku Ridukan Kaseh Dia ..
Ku Mahu Belaian Manja ,
Takkan Ku Lupa Cinta Pertama..

Friday, 18 January 2013

Andaiku Bercinta Lagi

Kini Kau Tiada ,
Senafas Pun Kau Perlu Mencuba ,
Kau Bawa Pergi Sebahagian Dari Jiwa Raga ,
Bersendirian Hidup Umpama Hilang Erti ,

BAGAIMANAKAH MENERUSKAN HAYAT INI??

Andai Ku Bercinta Lagi Suatu Hari Nanti ,
Tunjukkan Dimana Ruang Hatiku ,
Untuknya Yang Masih Belum Kau Huni ,
Apabila Tiba Waktu Bersemuka ,
Kau Perlu Pejamkan Mata ,

Dan Memaksa Lafaz Cinta ,
Dengan Bayangmu Diminda ,
Tiada Pengganti Bila Hadir ,
Dan Mampu Menyembuh ,

Rawan Dihati Meleraikan ,
Semangatku Runtuh ,
Bersendirian Masa Umpama Tak Beralih ,
Berapa Lama Lagi Harusku Merintih ??

Thursday, 17 January 2013

Andai Kau Tahu

Andai Lelaki Tahu Hati Dalam Seorang Perempuan , Ada Naluri Untuk Di Sayangi
Ada Rasa Untuk Diberikan Perhatian , Ada Masa Untuk Didengari Keluh Kesahnya
Ada Waktu2 Didengari Kesedihannya . .

Andai Lelaki Tahu Rajuk Seorang Perempuan Minta Dipujuk , Marah Seorang Perempua Minta Didekati
Sedih Seorang Perempuan Harus Didengari , Gembira Seorang Perempuan Ingin Dikongsi

Andainya Lelaki Tahu Disebalik Seribu Satu Rasa Itu , Ada Sekeping Hati Yang Lembut
Bukan Untuk Dimanjai , Bukan Jua Untuk Ditatang Bagai Minyak Yang Penuh
Hanya Perlu Sedikit Perhatian , Agar Rasa Kaseh Itu Wujud Walau Disaat Jauh ..

KERANA ...

Andai Lelaki Tahu , Hati Ini Akan Sentiasa Bertanya .
Pada Diri Seorang Perempuan , Wujudkah Cinta Itu Dihati Lelaki ??
Bila DiSaat Jauh Tanpa Perkhabaran ??

Sayangi Lah Seseorang Itu Atas Atas Siapa Dirinya Sekarang .
Bukan Atas Darar Siapa Dirinya Sebelum Ini .
Cintailah Seseorang Itu Kerana Hatinya
Bukan Paras Rupa Semata-mata