
Aku mencintaimu , sejak dulu lagi
namun aku tak berani meluahkannya
jika aku melafazkannya padamu
sudah tentu hancur hatinya
yang menemuimu dulu
dari aku
dan dia adalah sahabat baikku..
Tapi hatiku bagai ditoreh
melihat kau bersama dengan nya
sepatutnya aku berada di tempat itu
kerana kau tak mampu ku hilangkan
dari ingatan
tak semudah yang ku fikirkan
ku harapkan
Aku sedar pada pandanganmu
aku cuma
sahabat baik kepada kekasihmu
Aku mengaku kini
aku tewas
hatiku hancur kerana terlalu mencintaimu .

No comments:
Post a Comment