Powered By Blogger

Saturday, 14 December 2013

Dia kehilangan orang yang sangat mencintainya !


Jangan sesekali hadir dalam hidup seseorang sekadar hanya untuk melukakan hatinya .

Jangan pernah menatap matanya jika semua yang kamu lalukan hanya kepalsuan belaka .

Perkara yang paling kejam adalah membiarkan seseorang jatuh cinta sedangkan kamu tidak mencintainya .





Suatu hari , seorang yang sedang putus cinta menangis di taman . Datang seorang ahli falsafah bertanya kepadanya , '' Kenapa kamu menangis ?

Orang itu menjawab , '' Aku sangat sedih , kenapa dia meninggalkanku ?

Lalu ahli falsafah itu berkata , '' Kamu bodoh sekali .

Lalu orang itu menjawab , '' Kenapa berkata begitu ? Aku sedang putus cinta dan sudah cukup menyedihkan , tak apalah kalau kamu tak mahu memujukku , tapi janganlah mentertawakanku .

'' Bodoh , kamu tak perlu bersedih , kerana yang seharusnya bersedih adalah dia , '' kata ahli falsafah .

'' Kenapa dia yang bersedih , bukan kah dia yang meninggalkan ku ?

Kata orang itu , " Kamu hanya kehilangan orang yang tidak mencintaimu , tetapi dia kehilangan orang yang sangat mencintainya , '' Jawab ahli falsafah itu .






p/s : Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya , sebab keelokkan paras dapat menyesatkan .
       Jangan pula tertarik kepada kekayaan , kerana kekayaan dapat musnah .
       Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum . Hanya senyum yang dapat membuat        hari-harimu yang gelap menjadi cerah .






No comments:

Post a Comment