
Andainya lelaki tahu .. Apabila seorang perempuan jatuh cinta , lelaki itu tidak semestinya punya segalanya .. Tetapi lelaki itu adalah segalanya dihatinya .
Andainya lelaki tahu .. Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air matanya .. Itu bukan bermakna dia lemah .. Tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu .
Andainya lelaki tahu .. Apabila perempuan banyak bercakap .. Dia tidak pernah bermaksud membuat anda rimas .. Tapi sia mahu lelaki itu mengenalinya dengan lebih dekat .
Andainya lelaki tahu .. Pabila perempuan berkata dia mahu anda berubah ..Itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya .. Tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik , Bukan untuk dirinya tetapi untuk masa depan anda .
Kadang-kadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya .. Anda akan menghianati kepercayaan yang diberi
Andainya lelaki tahu .. Apabila perempuan merajuk , Jangan kata dia mengada-ngada .. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit @ hadiah sedozen .. Tapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai .
Andainya lelaki tahu .. Apabila perempuan jarang mengatakan 'I LOVE YOU' . Itu bukan bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya ..
Andainya lelaki tahu .. Apabila perempuan kata lelaki lain lebih baik dari kamu .. Jangan percaya kata-katanya kerana dia mahu menguji anda ..Dia mahu melihat sejauh mana anda sanggup menjadi yang terbaik dimatanya .
Andainya lelaki tahu .. Apabila perempuan berkata ' TOLONG TINGGALKAN SAYA' , dia tak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya .. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar ..
Apabila dia kembali tenang , Percayalah dia akan mencari anda semula ..Itu tanda dia benar-benar menyintai anda ..
Andainya lelaki tahu .. Sememangnya Allah mencipta lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri .. Tetapi sekiranya mereka saling memahami , mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan ..

No comments:
Post a Comment