Dalam satu kisah percintaan yang menarik . Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah . Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik . Kemudian si isteri bertanya kepada si suami :
Isteri : Mengapa abang menyukai saya ? Mengapa abang cintakan saya ?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya , namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai sayang !
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya ? Bagaimana abang boleh katakan abang menyayangi dan mencintai saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya .
Suami : Betul ! Abang tak tahu sebabnya , tapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan sayang .

Isteri : Tak boleh beri bukti ! Tak ! Saya hendak abang terangkan sebabnya . Kawan2 saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki , semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai . Dalam bentuk puisi dan syair lagi . Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya .
Suami menarik nafas panjang dan dia berkata ...
Suami : Baiklah ! Abang mencintai sayang sebab sayang cantik , mempunyai suara yang merdu , penyayang dan mengingati abang selalu . Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak sayang melangkah , di situlah cinta abangg bersama sayang !
Si Isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi . Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan koma . Si suami amat sedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi . Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital .
Surat tersebut berbunyi begini :
Sayang , Jika disebabkan suara aku mencintaimu ...
Sekarang bolehkah engkau bersuara ? Tidak ! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu .
Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintaimu .. Sekarang bolehkan engkau menunjukkannya ?
Tidak ! Oleh itu , aku tidak boleh mencintaimu . Jika disebabkan senyuman aku mencintaimu .. Sekarang bolehkah engkau tersenyum ? Tidak ! Oleh itu , aku tidak boleh mencintaimu . Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu .. Sekarang bolehkah engkau melangkah ? Tidak ! Oleh itu , Aku tidak boleh mencintaimu .
Jika cinta memerlukan sebabnya , seperti sekarang .. Aku tidak mempunyai sebab mencintaimu lagi .
Adakah cinta memerlukan sebab ? Tidak ! Aku masih mencintai kamu dulu , kini , dan selamanya .
Kadangkala perkara yang tercantik didunia tidak boleh dilihat dan dipegang . Tapi ia boleh dirasai dalam hati . :)
