Powered By Blogger

Tuesday, 3 December 2013

99 Kali Rindu



Rindu ?

Rindu itu anugerah . Kurniaan daripada tuhan .
Setiap insan yang berhati nurani punyai rasa rindu .
Cinta dan rinduu itu bermula daripada Adam dan Hawa .
Dikisahkan Yusuf dan Zulaikha .
Diabadikan Shah Jehan dan Mumtaz Shah .
Diperikan pula Romeo dan Juliet .
Diceritakan Rama dan Sita .
Dilakonkan oleh Laila Majnun .
Dan kini kita pula yang meneruskannya .

Sungguh bahagia insan yang telah menemukan cinta sejati ,
Ibarat tasbih dan benang pengikatnya . Tahjud menjadi untaian .
Yang akan selalu disentuh satu demi satu oleh insan mulia .
Yang bibirnya basah akan cinta kepada ALLAH .





Elakkan cinta ala syaitan :

Yang pertama , cinta ala sundal bolong .
Di depan manis , di belakang bohong .

Yang kedua , cinta ala pocong .
Selalu lompat dari satu hati ke hati yang lain .

Yang ketiga , cinta ala toyol .
Ada wang abang disayang , Takde wang abang ditendang . Sayang pun melayang .

Yang keempat , cinta ala puntianak .
Tak tahu bila menikahnya , tiba-tiba dah dapat anak .





Yang paling jauh itu bukanlah matahari ,
Bukan juga bulan ataupun bintang .
Tapi adalah masa yang berlalu dan takkan pernah kembali lagi .
Yangg hanya adalah hari ini kerana hari esok belum tentu milik kita .


Awak mahukan cinta saya ?
Carilah dulu cinta Allah .

Bila awak mahu rindu saya ?
Rinduilah dulu Allah dan Rasulnya .

Jika awak mahu sayang saya ?
Sayangilah dulu agama lebih daripada diri saya ini .


No comments:

Post a Comment