Powered By Blogger

Tuesday, 3 December 2013

Pemanis Kata :)



Jika wanita itu menangis di hadapanmu ,
Itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi .

Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis ,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu ,
Jika kamu biarkan dia pergi ,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu ,
Selamanya .

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah ,
Kecuali didepan orang yang dia amat sayang ,
Dia menjadi lemah .

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah ,
Hanya jika dia amat menyayangimu ,
Tiada lagi rasa egonya .

Lelaki ,
Jika seorang wanita pernah menangis keranamu ,
Tolong pegang tangannya dengan pengertian ,
Dia adalah orang yang akan bersamamu sepanjang hidupmu .

Lelaki ,
Jika seorang wanita menangis keranamu ,
Tolong jangan mempersiakannya ,
Mungkin kerana keputusanmu , kau merosakkan kehidupnya .

Saat dia menangis di depanmu ,
Saat dia menangis keranamu ,
Lihatlah matanya .

Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dia rasakanya ?
Fikirkan .
Wanita mana lagi yang akan menangis ,
Dengan murni , penuh kasih sayang ,
Didepanmu dan keranamu !

Dia menangis bukan kerana dia lemah ,
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan
Simpati ataupun belas kasihan .

Dia menangis ,
Kerana sudah tidak mampu bagi dirinya .

Lelaki ,
Fikirlah tentang hal itu ,
Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu ,
Dan semuannya keranamu ,
Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah
Kau lakukan untuknya .

Hanya kau yang tahu jawapannya ,
Pertimbangkanlah , kerana suatu hari nanti ,
Mungkin akan terlambat untuk menyesal ,
Mungkin akan terlambat untuk memohon maaf !








No comments:

Post a Comment